Singapura seharusnya menghormati hak Malaysia untuk meneruskan semakan semula ke atas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai Batu Puteh.
Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Salawati Mat Basir yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merundingkan hal itu dengan teratur.